Relevansi dan masa depan BN
Iklan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan buku bertajuk 'Melayari Bahtera Perjuangan Menakhoda Negara Bangsa' disaksikan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Tahun BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Sabtu. Foto Bernama
MENJEJAKI 50 tahun penubuhan parti gabungan besar Barisan Nasional (BN) tahun 2024, di manakah masa depannya hari ini? Sejarah parti itu amat besar dan tidak ada yang boleh mengubah sumbangan, pencapaian serta pengisiannya dalam mencorakkan masa depan negara.
BN didaftar secara rasmi pada 1 Jun 1974. Hari ini BN dianggotai empat parti politik — UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), malah pernah suatu ketika keahliannya mencecah 14 parti.