UFC 311: Merab perlekeh Umar Nurmagomedov
Iklan
Merab (kanan) enggan bersemuka dengan Umar selepas menuduh sepupu Khabib itu tidak menghormati dirinya.
PETARUNG Georgia, Merab Dvalishvili berkata Umar Nurmagomedov belum layak mencabarnya untuk kejuaraan tali pinggang bantamweight kerana mendakwa sepupu Khabib itu hanya mengalahkan lawan kurang ternama sepanjang karier UFC.
Merab akan mempertahankan gelarannya berdepan Umar di UFC 311 yang berlangsung di California, Amerika Syarikat pada bulan depan.
Iklan
Iklan
Menurut Merab (18-4), Umar 'memotong barisan' untuk merebut kejuaraan kerana memiliki nama keluarga Nurmagomedov.
Seperti sepupunya Khabib, Umar juga memiliki rekod tanpa kalah sepanjang karier seni bela diri campuran (MMA) dengan rekod 18-0.
Iklan
Dalam sidang akhbar di Las Vegas pada Sabtu, Merab mendakwa Umar mendapat layanan istimewa daripada Presiden UFC, Dana White dan menuduh petarung Dagestan itu tidak menghormatinya sebagai juara bantamweight.
"Umar mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan di media sosial dan bagi saya ini bukan tindakan anak jantan.
Iklan
"Jadi sudah tentu saya menganggapnya sebagai serangan peribadi. Apa pun sebelum ini, saya membuktikan saya layak bergelar juara kerana mengalahkan petarung hebat seperti Henry Cejudo, Sean O'Malley, Petr Yan dan Deiveson Figueredo.
"Umar pula? Dia sering mengelak untuk bertarung dan hanya mengalahkan seorang petarung elit (Cory sandhagen). Dia hanya tahu menyalak di internet,” ujar Merab.
Mendengar kata-kata Merab, Umar membalasnya:"Bila masa saya tidak menghormati kamu, negara kamu atau keperibadian kamu. Tidak Pernah! Kamu adalah juara, sudah tentu saya mahu mencabar kamu, jika kamu tidak mahu menjadi juara lepaskan sahaja tali pinggang bantamweight.”
UFC 311 yang berlangsung 19 Januari depan turut menampilkan pertarungan ulangan - Islam Makhachev yang akan mempertahankan gelaran lightweigt berdepan Arman Tsarukyan.
Acara UFC 311 turut menyaksikan Khabib akan berada di penjuru Umar, Islam dan Tagir Ulanbekov yang bertarung dalam diviyen flyweight menentang Clayton Carpenter yang mempunyai rekod 8-0.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>