SEOUL - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu menyatakan kekesalan kerana menimbulkan kebimbangan awam susulan pengisytiharan undang-undang tentera awal minggu ini, sambil berikrar tidak akan mengulangi tindakan sedemikian, lapor Agensi Berita Yonhap.
"Saya benar-benar memohon maaf kepada rakyat yang pastinya terkejut dengan perkara ini,” kata Suk Yeol dalam ucapan umum yang disiarkan di televisyen, beberapa jam sebelum undian Parlimen terhadap usul pemecatannya.