Malaysia dijangka terima kesan
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu.
SHAH ALAM - Malaysia dijangka mengalami sedikit kesan susulan perang dagangan antara dua kuasa ekonomi besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China yang melibatkan sekatan eksport dengan menyasarkan teknologi kritikal masing-masing.
Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Andrew Kam Jia Yi berkata, isu utama dalam perang tersebut adalah usaha AS untuk mengekang kemajuan teknologi China terutamanya dalam sektor kecerdasan buatan (AI), senjata canggih dan pengeluaran semikonduktor.