PN perlu tumpu beri idea polisi alternatif
Iklan
Nik Nazmi (kiri) ketika program Interviu yang dihoskan oleh Mohd Fazli di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf.
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) dinasihatkan supaya memperbanyakkan polisi alternatif bagi mengimbangi kerajaan jika ingin dilihat sebagai pembangkang yang baik.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, idea polisi sebegitu kurang dimainkan pembangkang, sebaliknya lebih tertumpu kepada mencipta kandungan media sosial semata-mata untuk menghentam kerajaan.