Dari anggota pancaragam menjadi seorang komando
Iklan
Rosli bersama koleksi keratan akhbar dan buku semasa bertugas sebagai anggota Paskau.
BANTING – Cabaran getir berdepan lanun Somalia, bertugas di Lubnan sebagai anggota pengaman dalam Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) dan terlibat misi rundingan membawa pulang kotak hitam pesawat MH17 adalah antara tugas getir yang pernah diharungi Sarjan (B) Rosli Mustafa, 42.
Menceritakan permulaan menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), anggota veteran komando Pasukan Khas Udara (Paskau), Rosli berkata, ia bermula pada tahun 2001.