Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Iklan
Pada 8.02 pagi Jumaat, nilai ringgit meningkat kepada 4.4145/4300 berbanding dolar AS daripada paras 4.4250/4305 pada akhir urus niaga Khamis. Gambar hiasan
RINGGIT meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.
Pada 8.02 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.4145/4300 berbanding dolar AS daripada paras 4.4250/4305 pada akhir urus niaga semalam.
Iklan
Iklan
Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, dolar AS menyaksikan penyusutan untuk hari ketiga berturut-turut, aliran yang tidak berlaku sejak September ketika peniaga memilih untuk mengurangkan kedudukan dolar AS menjelang penguman data laporan NFP.
"Tindakan itu mungkin menandakan permulaan corak bermusim apabila pengeksport korporat dan tempatan meningkatkan aktiviti menjual dolar AS.
Iklan
"Dinamik ini boleh menjadi lebih ketara, terutama jika Rizab Persekutuan AS memilih untuk mengurangkan kadar faedah pada Disember susulan potensi kenaikan kadar faedah Bank of Japan dan Bank Pusat Eropah," katanya kepada Bernama.
Dalam masa semalaman, yuan China di luar pesisir juga mencatat kenaikan berbanding dolar AS yang lemah secara meluas.
Iklan
Innes berkata, kesemua gabungan faktor itu hanya menyuntik sokongan terhadap ringgit yang dibuka mengukuh, sekali gus membayangkan potensinya di masa akan datang apabila pasaran mata wang global dan tempatan dilaras semula sebagai tindak balas terhadap perubahan landskap dasar monetari dan corak dagangan yang bermusim.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.6316/6514 daripada 5.6286/6356, rendah berbanding euro kepada 4.6719/6883 daripada 4.6586/6644 semalam namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9385/9490 daripada 2.9439/9478 sebelum ini.
Unit tempatan itu kebanyakannya meningkat berbanding mata wang ASEAN, termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2976/3094 daripada 3.2985/3029 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.66 daripada 7.64/7.66.
Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 12.9423/9991 daripada 12.9462/9710 semalam dan berubah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 278.2/279.4 daripada 278.9/279.4 sebelum ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>