KUALA LUMPUR - Tiga pusat beli-belah ikonik, Suria KLCC di ibu negara, Alamanda di Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman, Terengganu menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan sambutan Krismas pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, kempen Krismas ketiga-tiga pusat beli-belah itu bermula pada 22 November hingga 25 Disember (Suria KLCC), 22 November hingga 1 Januari 2025 (Alamanda) dan 5 hingga 31 Disember (Mesra Mall) yang menawarkan banyak peluang kepada pengunjung untuk bergembira, berkongsi keceriaan musim perayaan ini.