Vaksin Covid-19 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan: WHO
Iklan
GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata, vaksin pertama untuk wabak koronavirus (Covid-19) dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.
Menerusi Twitternya, beliau berkata,"Ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak."