Genap dua tahun, Ahmad Zahid ikrar terus komited laksana tanggungjawab
Iklan
Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.
Sempena genap dua tahun beliau dilantik memegang jawatan itu dan juga sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid menerusi hantaran Facebook beliau hari ini berkata, sepanjang tempoh itu pelbagai cabaran dilalui dan banyak kejayaan dikecapi bersama.
Iklan
Iklan
Antaranya memperkenal sistem UP_TVET sebagai saluran tunggal permohonan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET kepada 94.5 peratus.
Selain itu mencapai kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 7.9 peratus dengan jumlah eksport produk halal RM53.72 bilion, dan memacu kumpulan RISDA Holdings dengan mencatatkan prestasi kewangan RM37 juta dengan unjuran prestasi RM70 juta hujung bulan ini.
Iklan
"Semua ini dilaksanakan dengan satu matlamat utama iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, dihormati dan sejahtera.
"Kejayaan ini bukanlah pencapaian seorang individu, tetapi hasil kerjasama erat antara seluruh rakyat, agensi dan pemimpin yang bersama-sama mendukung satu aspirasi,” katanya.
Iklan
Ahmad Zahid berkata, setiap usaha yang digembleng bertujuan membawa kemajuan kepada desa, memperkasa modal insan, memperkukuhkan ekonomi bumiputera, pembangunan Islam, meningkatkan pengurusan risiko bencana negara serta mengembangkan industri halal negara ke peringkat global.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi kepercayaan kepadanya untuk memikul tanggungjawab itu. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.