DUPP nafi haramkan terima bantuan banjir dari luar
Iklan
Kenyataan palsu yang mendakwa Pas mengharamkan rakyat Kelantan terlibat dalam pengurusan dan penerimaan bantuan banjir daripada pihak luar.
SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menafikan kenyataan yang mendakwa Pas mengharamkan penduduk di negeri bawah pentadbiran parti itu terlibat dengan pengurusan dan penerimaan bantuan banjir daripada pihak luar.
Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahya berkata, penyebaran maklumat palsu itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan boleh mendatangkan fitnah.
Iklan
Iklan
"DUPP mengharapkan agar semua pihak tidak termakan dengan fitnah yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak.
Mereka barangkali terlupa bahawa setiap perbuatan manusia dicatat di sisi-Nya dan tidak akan terlepas daripada pengetahuan ALLAH SWT.
Iklan
"DUPP sentiasa mengalu-alukan semua pihak membantu mangsa banjir tidak kira apa jua latar belakang mereka. Sesungguhnya setiap amal kita dikira sebagai ibadat meskipun sekecil zarah, insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan bahawa kenyataan yang tular itu adalah palsu.
Iklan
Menerusi kenyataan itu, Pas didakwa mengharamkan rakyat Kelantan terlibat dengan aktiviti mengurus, menyumbang, menyampai dan menerima mana-mana bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan persekutuan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pas Parlimen.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>