'Undang-undang jenayah lompang'
Iklan
Walaupun ramai penjenayah siber sudah dihadapkan ke mahkamah, namun undang-undang sedia ada masih tidak cukup, sekali gus menjadi cabaran buat PDRM. Gambar kecil: Razarudin.
SHAH ALAM - Undang-undang berkaitan jenayah yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman antara kelemahan yang dikenal pasti menyebabkan penjenayah menukar pendekatan dengan menggunakan platform media sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, teknologi berkembang dengan pantas, namun undang-undang yang sudah digubal sering ketinggalan.