Ugutan Trump hanya di mulut - Pakar
Iklan
Trump mahu mengenakan tarif 100 peratus terhadap BRICS sekiranya ia berhasrat menggantikan penggunaan dolar dalam perdagangan antarabangsa. Gambar kecil: Mahendhiran dan Carmelo
SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu mengenakan tarif 100 peratus terhadap BRICS sekiranya ia berhasrat menggantikan penggunaan dolar dalam perdagangan antarabangsa dilihat hanya sekadar ugutan di mulut.
Pro Naib Canselor (Penyelidikan & Kemampanan), Universiti Sunway, Profesor Mahendhiran S Nair berkata, kenyataan Trump itu berkemungkinan besar tidak akan dilaksanakan.