RTB bukan jaminan bebas banjir
Iklan
Kerja-kerja menambak sungai dan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir giat dijalankan oleh kerajaan Thailand di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok. (Gambar kecil: Ibrahim Komoo dan Tuan Ibrahim Tuan Man)
SHAH ALAM - Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit setahun untuk mengurangkan risiko berlakunya banjir besar terutama di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu serta Pahang selain Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
Malah, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dari tahun 2021 hingga 2025, kerajaan memperuntukkan lebih RM22 bilion termasuk pembinaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), empangan, kolam takungan dan banyak lagi.