Cari jalan kurang kerugian
Iklan
Keadaan terkini Jalan Kampung Tujuh berdekatan Taman Sri Bayu yang terputus hubungan sepanjang 60 meter akibat arus deras dalam kejadian banjir yang berlaku. Foto Bernama
SHAH ALAM - Malaysia perlu mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir walaupun terpaksa membayar dengan harga yang mahal untuk membina projek-projek pencegahan banjir daripada membiarkan negara terus menanggung rugi besar akibat bencana tersebut.
Apatah lagi negara telah mengalami kerugian lebih RM14 bilion dalam tempoh 10 tahun lalu berdasarkan beberapa sumber data termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia.