Seimbang pembangunan, pulihara khazanah alam
Iklan
Anfaal (berdiri) sentiasa turun padang bagi memastikan rungutan penduduk akar umbi dapat didengari.
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri terutama khazanah alamnya yang berpotensi besar untuk dibangunkan.
Ia menjadi antara keutamaan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Anfaal Saari yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.