ALOR SETAR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah bersiap siaga menangani konflik hidupan liar semasa bencana banjir yang ketika ini melanda negeri itu
Pengarahnya, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, pihak Perhilitan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab bagi memastikan konflik antara hidupan liar dan manusia dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin.