Sidang media khas KPM mengenai banjir, persiapan SPM pagi ini
Iklan
Fadhlina
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan sidang media khas berhubung pengurusan bencana banjir dan persiapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
Sidang tersebut akan dikendalikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan diadakan pada jam 10.45 pagi di Putrajaya.
Iklan
Iklan
Pada Sabtu, ratusan calon SPM di negeri terjejas dilaporkan menghadapi kesukaran bagi menduduki peperiksaan itu yang bermula Isnin ini susulan banjir yang melanda kawasan mereka.
Malah, terdapat calon SPM yang terkandas dan sukar untuk hadir ke dewan peperiksaan di sekolah.
Iklan
Pada masa sama, sekolah-sekolah di kawasan terjejas banjir juga turut dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir.
Fadhlina sebelum ini dilaporkan berkata, calon SPM yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh mendudukinya di mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.
Iklan
Beliau berkata, peperiksaan tetap berjalan seperti biasa termasuk di negeri terjejas bencana itu bagi mengelakkan keciciran dalam kalangan calon SPM. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>