Air mata Menteri Kesihatan
Iklan
Dr Dzulkefly sebak ketika bercakap pada Sesi Penggulungan Peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2025 pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen baru-baru ini. Foto Bernama
DEWAN perbahasan di Parlimen yang biasanya hangat dengan pidato pedas dan bahasa kias baru-baru ini bertukar sejuk dan suram sejenak.
Air mata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjadi punca utama tempo perbahasan tergendala seketika pabila Ahli Parlimen Kuala Selangor tersebut sebak dan tidak mampu meneruskan ucapan sehingga Yang Dipertua Dewan terpaksa menenangkan beliau.