[EKSKLUSIF] 'Digugur exco bukan tanda masa depan politik berakhir’
Iklan
Muhammad Hilman pada program Interviu bersama Sinar Harian di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
SHAH ALAM – Pengguguran dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada jawatan exco kerajaan Perlis bukan tanda masa depan politik mereka telah berakhir.
Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham berkata, sebaliknya ruang dan peluang itu perlu digunakan kedua-dua wakil rakyat untuk mendekati rakyat.