Ranking Harimau Malaya naik satu tangga ke-132 dunia
Iklan
Harimau Malaya naik satu anak tangga ke kedudukan ke-132 dunia, berdasarkan kepada kemas kini terkini ranking dunia FIFA pada Khamis.
SKUAD Harimau Malaya naik satu anak tangga ke kedudukan ke-132 dunia, berdasarkan kepada kemas kini terkini ranking dunia FIFA, hari ini.
Iklan
Iklan
Mengikut laman sesawang www.fifa.com, anak buah Pau Marti Vicente mengumpulkan 1117.05 mata untuk naik daripada kedudukan ke-133 bulan lepas, sebaris bersama pasukan Cyprus (130), Malawi (131), Nicaragua (133) dan Kuwait (134).
Kedudukan terkini itu disumbangkan oleh kejayaan pasukan negara mengalahkan Laos 3-1 pada 14 November dan seri 1-1 dengan India pada 18 November.
Iklan
Namun kedudukan itu menyaksikan Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Thailand (97), Vietnem (116) dan Indonesia (125).
Lima pasukan terbaik Zon Asia ialah Jepun (15), Iran (18), Korea Selatan (23), Australia (26) dan Qatar (46).
Iklan
Argentina selaku pemenang Piala Dunia 2022, kekal unggul di tangga teratas, diikuti Perancis, Sepanyol, England dan Brazil. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>