Brentford menang rayuan kad merah Norgaard
Iklan
Insiden kad merah Norgaard di Stadium Goodison Park pada Sabtu lalu.
BRENTFORD menangi rayuan terhadap insiden kad merah yang dilayangkan kepada Christian Norgaard selepas semakan Pembantu Pengadil Video (VAR) ketika terikat tanpa jaringan menentang Everton di Stadium Goodison Park pada Sabtu lalu.
Kapten Brentford itu menerjah lutut penjaga gol Everton, Jordan Pickford ketika pemain kelahiran Copenghagen, Denmark berusia 30 tahun berkenaan berusaha mendapatkan bola.
Iklan
Iklan
Pengadil Chris Kavanagh tidak memberikan sebarang kesalahan, namun pengadil VAR, Matt Donohue, yang hanya mula bekerja sebagai pembantu video Liga Perdana Inggeris bulan lalu, menghantarnya ke skrin untuk dilayangkan kad merah kerana kesalahan serius.
Pengurus Brentford, Thomas Frank berang dengan keputusan itu berkata:"Bagi saya insiden itu bukan kad merah.
Iklan
"Pengadil diberitahu untuk membuat keputusan di atas padang, yang pada pendapat saya adalah keputusan yang baik di atas padang tetapi dibatalkan VAR.”
Sebagai rekod, sekiranya Norgaard kalah rayuan berkenaan dia terlepas perlawanan menentang Leicester City, Aston Villa dan Newcastle United.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>