Israel lebih takut Hizbullah berbanding Palestin
Iklan
Israel dan Lubnan dilaporkan bersetuju menerima perjanjian gencatan senjata bagi menghentikan permusuhan. - Gambar Hiasan, gambar kecil: Hussain Yusri
SHAH ALAM - Kelebihan pejuang Hizbullah yang disokong kuasa besar Iran selain memiliki kemampuan ketenteraan termasuk roket jarak jauh menjadikannya ancaman langsung kepada Israel.
Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, faktor tersebut menjadi sebab mengapa Israel lebih bersedia menerima perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan berbanding Palestin.