Penilaian pemimpin bukan penghinaan
Iklan
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun mentadbir negara ketika merasmikan Laporan Penilaian Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) oleh Bersih baru-baru ini.
SEMPENA ulang tahun kedua Kerajaan Madani, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) membuat penilaian dan memberikan gred D (45.8 peratus).
Dalam skema penilaian Bersih, F (0-39 peratus) barulah ‘gagal’, D (45-49 peratus) adalah ‘terhad’ dan E (40-44 peratus) adalah ‘lemah’ tetapi tetap lulus.