Penganggur tak mengaku liwat remaja 13 tahun

Iklan
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan meliwat dan melakukan jenayah seksual terhadap seorang remaja lelaki berumur 13 tahun Januari lalu.

Tertuduh, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan iaitu dua mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dua lagi mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa meliwat mangsa di sebuah rumah di Wakaf Tapai, Marang jam 5.20 petang, pada 23 Januari lalu dan jam 3.05 petang, pada 1 Februari.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun penjara dan boleh dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan pula, tertuduh didakwa melakukan jenayah seksual terhadap mangsa di lokasi sama, jam 5.15 petang, pada 23 Januari lalu dan jam 3 petang pada 1 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Wan Amira Ruziani Wan Abdul Razak di hadapan Hakim Nooriah Osman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sejurus pengakuan direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 selain memerintahkan agar melapor diri dua kali sebulan di Balai Polis Hulu Terengganu sepanjang prosiding perbicaraan.

Selain itu, mahkamah juga mengarahkan agar tertuduh tidak mendekati mangsa dan mengganggu saksi pendakwaan sepanjang prosiding.