Tiada unsur rasuah ukuran bandar bahagia
Iklan
Hilmi menunjukkan laporan indikator Bandar Bahagia ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Selasa.
KOTA BHARU - Ketiadaan unsur rasuah antara enam komponen pengukuran bandar bahagia selain pendapatan, kesihatan dan rasa bebas membuat keputusan.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, Bandar Bahagia turut mengambil kira konteks pekerjaan, pengangkutan, keagamaan, politik dan tempat tinggal.
Iklan
Iklan
Beliau memberitahu, sebelum ini Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai turut diiktiraf sebagai Bandar Bahagia kerana berjaya memenuhi indikator yang ditetapkan di peringkat dunia itu.
"Indikator peringkat dunia tidak menilai jumlah pembangunan atau tempat hiburan untuk diiktiraf sebagai sebuah bandar bahagia," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) mengenai kriteria pemilihan sebuah bandar bahagia ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Selasa.
Dalam pada itu, Hilmi turut memberitahu, bagi lima markah keseluruhan, Kelantan memperoleh 4.31 untuk alam sekitar, 4.26 untuk perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kediaman 4.34.
Iklan
Beliau sebelum itu menjawab pertanyaan Bahari Mohamad Nor (Pas-Gual Ipoh) yang ingin mengetahui mengenai majlis daerah yang melaksanakan Bandar Berkembar.
Jelas Hilmi, setakat ini, hanya satu PBT sahaja yang melaksanakan program itu iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) bersama Kasaoka City di Jepun.
"Antaranya ialah program silang budaya antara ahli yang bermula pada tahun 2022 yang dapat membantu meningkatkan kualiti gerak kerja organisasi di negeri ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>