PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Iklan
Ronald
SHAH ALAM - Tiada sebarang keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam urusan rundingan membentuk jajaran baharu Kerajaan Perpaduan seperti mana didakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya menafikan dakwaan sedemikian dan menolak bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Iklan
"Saya (Naib Presiden Bersatu) yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan Ahli Majlis Tertinggi PN... setakat yang saya tahu tiada sebarang keputusan dibuat kedua-dua pihak tentang rundingan penjajaran.
Pada Ahad, Ahmad Zahid ketika berucap dalam Konvensyen BN Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendakwa terdapat usaha untuk menarik partinya keluar daripada Kerajaan Perpaduan selain mengangkat individu daripada BN sebagai perdana menteri.
Iklan
Timbalan perdana menteri itu mendedahkan, ia antara usaha yang dilakukan oleh pembangkang untuk menjadi kerajaan semula.
Tambahnya lagi, seorang ahli Parlimen menemuinya minggu lalu bagi menyampaikan hasrat mahu membentuk kerajaan baharu di bawah panji Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Dalam masa sama, jelasnya, individu berkenaan meminta untuk diserap semula dalam kerajaan dan turut memohon jawatan sebagai menteri.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan, beliau tidak tertarik sama sekali dengan tawaran tersebut dan menolak cadangan sebegitu kerana enggan mengkhianati kawan.
Mengulas lanjut, Ronald berpandangan, pihaknya ingin fokus terhadap tanggungjawab sebagai pembangkang sahaja tanpa perlu memikirkan perkara lain.
"PN bangga mengangkat tanggungjawab sebagai pembangkang, malah akan terus memainkan peranan menjadi semak dan imbang kepada kerajaan," ujar ahli Parlimen Beluran itu.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.