Ugut bakar diri kerana majlis hari lahir dibatalkan

Iklan
Semburan nyahjangkit dilakukan di Wuhan untuk membendung penularan Covid-19 selepas ia pertama kali dikesan di bandar itu pada Disember 2019. - Foto AFP

BEIJING - Seorang lelaki di barat daya China nekad menyiram tubuhnya dengan petrol dan mengikat mercun pada pinggangnya hanya kerana pihak berkuasa membatalkan jamuan sambutan hari lahirnya sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Agensi berita Xinhua melaporkan lelaki yang hanya dikenali Wang, 59, di Chongqing itu dilaporkan merancang majlis dilengkapi 10 meja pada akhir bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Sekatan dan larangan perhimpunan awam yang dikuatkuasakan pihak berkuasa menyebabkan majlis itu perlu dibatalkan.

"Wang kemudiannya hadir di pejabat jawatankuasa kampung untuk mengugut dan cuba menakut-nakutkan jawatankuasa kampung dengan tindakannya itu," lapor Xinhua lagi.

Susulan insiden itu, peguam cara tempatan semalam bertindak memfailkan dakwaan atas tingkah laku tidak senonoh terhadap Wang.

Iklan

Ketika ini, ratusan juta penduduk di China berdepan sekatan yang turut memberi kesan kepada aktiviti harian mereka sebagai usaha untuk mengelakkan Covid-19 terus merebak secara meluas.

Minggu lalu, pihak berkuasa perbandaran Beijing turut melarang sebarang jamuan atau makan malam secara beramai-ramai sebagai langkah untuk mencegah virus itu daripada terus menular. - AFP

Iklan