Dua ADUN Bersatu digugurkan jawatan Exco Perlis
Iklan
Wan Zikri Afthar, Megat Hashirat
ARAU - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan daripada jawatan Exco kerajaan Perlis pada Isnin.
Mereka adalah ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak dan ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan.
Iklan
Iklan
Wan Zikri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Wilayah Ekonomi Baharu, Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif negeri digugurkan walaupun baharu setahun dilantik memegang jawatan berkenaan.
Wan Zikri ketika ditemui berkata, beliau menerima pengguguran tersebut kerana politik adalah politik.
Iklan
Walau bagaimanapun beliau sempat menegur Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli agar lebih berani.
"MB jangan takut untuk beritahu kerana melantik dan menggugurkan adalah kuasa dia.
Iklan
"Beritahu saja lah, beritahu awal pun tak apa supaya orang boleh bersedia dari segi mental sebab kita ada staf- staf kita sekurang-kurangnya kita boleh rancang sesuatu," katanya.
Sementara itu, kerajaan Perlis menerima tiga ADUN baharu daripada Perikatan Nasional (PN) bagi penggal baharu.
Tuanku Syed Sirajuddin berkenan bergambar bersama barisan Exco selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco Perlis di Istana Arau pada Isnin. Foto Bernama
Mereka adalah ADUN Guar Sanji dari Pas, Mohd Ridzuan Hashim dan dua wakil Bersatu iaitu ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dan ADUN Sena, Datin Marzita Mansor.
Pelantikan Mohd Ridzuan, Abu Bakar dan Marzita dilaksanakan pada Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis bagi penggal baharu di Istana Arau, di sini pada Isnin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>