Derita jadi hamba ubat gila
Iklan
Murah, mudah, berlambak. Itu gambaran kepada dadah jenis pil kuda atau yaba dalam bahasa Thailand yang membawa maksud 'ubat gila', begitu popular di Kelantan sehingga menjadi 'barah' kepada rakyat negeri ini.
KIRA-KIRA 15 tahun lalu, siapa sangka ‘barang percuma’ yang diberikan sahabat karib hampir memusnahkan kehidupan seorang lelaki apabila dia akhirnya menjadi penagih pil kuda.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 44, dari Jeli, Kelantan berkata, perkenalannya dengan dadah berbentuk bulat, bersaiz 6 milimeter dan berwarna merah tertera huruf ‘R’ dan ‘WY’ bermula semasa dia putus cinta.