Rawat empat 'penyakit' untuk kukuhkan BN - Johari
Iklan
Johari ketika berucap pada Konvensyen BN Wilayah Persekutuan 2024 di WTCKL hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) perlu segera merawat empat ‘penyakit’ yang membelenggu gabungan itu sehingga ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas,” kata Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Naib Presiden UMNO itu berkata, empat penyakit berkenaan ialah Delusional (Khayal), Amnesia (Hilang ingatan), Inersia dan Arrogant (angkuh).
Iklan
Iklan
"Kita tewas sebab empat benda ini lah, delusional, kononnya anggap rakyat masih sokong kita dengan ingat jasa dan sumbangan kita dahulu, lepas tu kita pun ada Amnesia, kita sendiri lupa tujuan asal penubuhan parti kita ini untuk apa, iaitu untuk bangunkan negara ini.
"Dua lagi sindrom ialah Inersia, orang dah tolak kita tapi kita masih macam tu, tak nak buat perubahan, statik, selain kena hapus sindrom Arrogant, bilamana seolah tak boleh terima teguran, tak nak terima pendapat orang lain, tak mengaku atau terima kenyataan dah lakukan kesalahan, lebih parah tak mahu tolak ansur,” katanya.
Iklan
Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian dalam ucapan pembukaannya di Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2024 di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN.
Beliau berkata dalam usaha melakukan perubahan agar menjadi satu gabungan yang kembali kukuh dalam landskap politik negara, setiap ahli BN mestilah tidak berputus asa.
Iklan
"Peraturan pertama, jangan putus asa, rawat empat penyakit itu, seterusnya kita perlu bergerak secara satu pasukan, bersatu Melayu kah, Cina kah, India kah, kita kerja bersama,” katanya. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.