Amorim tidak akan berkompromi
Iklan
Amorim
PENGENDALI baharu Manchester United, Ruben Amorim diakui memiliki kemahiran berkomunikasi berkesan, yang tidak dikuasai bekas pengurus Erik ten Hag sepanjang berkhidmat di Old Trafford sebelum ini.
Namun di sebalik itu, pengendali kelahiran Portugal berusia 39 tahun tersebut menjelaskan bahawa dia boleh bersikap tegas sekiranya situasi memerlukan bertindak sedemikian.
Iklan
Iklan
Dan apabila ditanya sama ada ketegasan mungkin diperlukan untuk memulihkan The Red Devils yang kini dikedudukan ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris menjelang aksi di Portman Road menentang Ipswich Town, bekas pengurus Sporting Lisbon itu tidak menolak kemungkinan mengunakan kedua-duanya.
"Sejujurnya terdapat masa untuk berseronok juga bekerja keras. Saya boleh menjadi 'kejam' apabila keadaan memerlukan tindakan sedemikian.
Iklan
"Sekiranya anda berfikir sebagai satu pasukan, saya akan menjadi lelaki paling baik pernah anda kenali. Sebaliknya, jika ada seseorang hanya berfikir untuk dirinya sendiri, saya akan menjadi individu yang berbeza.
"Pemain-pemain akan merasakan perkara ini dalam hal-hal kecil, tetapi kemudian, apabila berkaitan dengan tanggungjawab, saya akan menjadi individu yang berbeza, dan pemain-pemain memahami situasi ini," kata Amorim.
Iklan
Rehat antarabangsa menyaksikan Amorim yang mengendalikan United pertengahan musim, hanya mendapat dua sesi latihan bersama skuadnya sebelum turun ke Portman Road menjelang perlawanan yang memenatkan berikutan kepadatan jadual.
"Ia adalah lebih sukar untuk menyertai pasukan pada pertengahan musim, kerana anda perlu mengambil masa mengenali pemain semasa perlawanan.
"Tetapi semuanya bergantung. Jika anda menang, ia amat menyeronokkan mempunyai banyak perlawanan, selain dapat membuat beberapa perubahan taktikal dan memenangi perlawanan," katanya.
Selepas berdepan Ipswich yang berada dikedudukan ke-17, United akan melayan Bodo/Glimt dalam kempen Liga Europa di Old Trafford, diikuti Everton bagi saingan liga, tiga perlawanan itu sebahagian daripada jadual padat 12 perlawanan dalam tempoh enam minggu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>