Fahami keburukan pusat data
Iklan
Sesetengah negara menyekat kemasukan pusat data baharu kerana penggunaan elektrik yang terlalu tinggi selain tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai - Gambar hiasan
BANYAK orang Malaysia, khususnya orang Melayu, tidak faham mengenai sains dan teknologi, malah mereka tidak berminat atas alasan terlalu sukar.
Akibatnya, apabila maklumat dan hal-hal berkaitan sains dan teknologi dihebahkan, mereka tidak mendapat manfaat daripadanya. Mereka sama ada menolak atau menerimanya bulat-bulat.