Israel tetap kebal, bukan negara anggota ICC
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu melaporkan mengenai keputusan ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Benjamin Netanyahu.
SHAH ALAM - Mana-mana negara yang menguatkuasakan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berisiko menghadapi tekanan politik dan ekonomi dari negara terbabit dan sekutunya.
Penyelidik Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Nurhazim Mohd Norhisyam berkata, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak mempunyai mekanisme penguatkuasaan sendiri untuk menangkap individu yang dikenakan waran tangkap.