Pendidikan asas reformasi Malaysia Madani
Iklan
Anwar (tengah) percaya reformasi pendidikan amat penting bagi meningkatkan kualiti generasi muda dalam mencapai misi gagasan Malaysia Madani. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Khairul Arifin
DATUK Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10, membawa satu visi besar dalam agenda pendidikan dan pembangunan ilmu untuk negara.
Sepanjang perjalanan beliau, bermula sebagai aktivis mahasiswa, pemimpin belia dan tokoh politik hingga ke kerusi Perdana Menteri, Anwar telah menunjukkan komitmen luar biasa terhadap budaya ilmu.