IMPIAN Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk cuba melakar kejutan ke atas kelab Jepun, Vissel Kobe tidak kesampaian apabila tumpas 1-5 dalam aksi pembukaan Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), di Stadium Misaki Park, Jepun sebentar tadi.
Kobe yang turun dengan status pasukan pilihan tidak menghadapi masalah untuk menguasai perlawanan dibantu kelicikan dan hantaran berkualiti bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Andres Iniesta yang sering kali mengelirukan benteng pertahanan JDT.