KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lokaliti terlibat adalah di seluruh Terengganu dan di Kelantan merangkumi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Pahang meliputi Jerantut, Kuantan, Pekan serta Rompin.