Kerangka Ekonomi Madani tunjuk pertumbuhan
Iklan
Kadar inflasi pada Ogos kekal rendah pada 1.9 peratus berbanding 1.7 peratus pada suku tahun pertama 2024.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai 2023 telah mengumumkan kerangka Ekonomi Madani sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Kini setelah hampir dua tahun pemerintahan, kita dapat menyaksikan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang amat positif kerana didorong oleh lonjakan permintaan domestik serta pemulihan berterusan eksport. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan 4.2 peratus pada suku pertama, 5.9 peratus pada suku kedua dan 5.3 peratus pada suku ketiga.