SHAH ALAM - Tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant adalah isyarat jelas kesepakatan masyarakat dunia terhadap keperluan tindakan tegas menghentikan kekejaman Israel.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, keputusan itu mencerminkan fasa penting dalam usaha antarabangsa menuntut keadilan bagi kekejaman dilakukan terhadap umat Islam di Gaza.