Tidak mustahil Warisan bekerjasama dengan PBS, STAR dan KDM
Iklan
Romzi Ationg (gambar kecil) juga tidak menolak kemungkinan Warisan akan turut bekerjasama dengan BN dan PH dalam PRN Sabah nanti.
SHAH ALAM - Tidak mustahil Parti Warisan Sabah (Warisan) akan bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada tahun depan.
Penganalisis Politik dari Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg juga tidak menolak kemungkinan Warisan akan turut bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN nanti.