'Nenek Daisy' tumpaskan scammer
Iklan
Misi nenek Daisy ialah untuk ‘membuang sebanyak mungkin masa scammer’. Foto hiasan/123RF
ESOK hari terakhir program International Fraud Awareness Week 2024. Bermula tahun 2000, program tersebut dilancarkan bagi memerangi scammer yang sangat bermaharajalela di seluruh dunia. Malaysia antara negara paling teruk dicengkam penguasaan scammer.
Berdasarkan laporan The Edge pada 3 Oktober lalu, rakyat Malaysia dipercayai rugi sekitar AS$12.8 bilion (RM53.34 bilion) akibat ditipu scammer.