Dapur dua hotel di Melaka ada najis tikus, lipas diarah tutup
Iklan
Bahagian perangkap minyak di salah sebuah dapur hotel yang tidak diselenggarakan dengan baik.
MELAKA - Dua buah dapur hotel di Ayer Keroh di sini, diarah tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka susulan penemuan najis tikus dan lipas di premis berkenaan dalam satu operasi pada minggu lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ruzita Mustaffa berkata, pemeriksaan yang dilakukan pada 11 dan 12 November lalu mendapati bahagian dapur hotel berkenaan bukan sahaja kotor namun terdapat najis binatang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemantauan keselamatan makanan yang dilakukan juga mendapati sebanyak enam buah hotel dikenal pasti mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.
Keadaan bahagian dapur di sebuah hotel yang kotor dan tidak mementingkan aspek kebersihan.
Katanya, sebanyak 33 kompaun kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai RM11,475 terhadap hotel lain di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Iklan
"Dalam operasi itu, sebanyak 41 buah hotel telah diperiksa oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).
"Dua hotel yang dikesan terdapat najis lipas dan tikus diarah tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Iklan
Tambah beliau, operasi dilakukan sempena pemilihan Melaka sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Dunia, (WTD) 2025 yang bakal berlangsung pada 27 September tahun depan serentak dengan Persidangan Pelancongan Dunia, (WTC) 2025.
"JKN Melaka akan terus meningkatkan pemantauan ke atas semua premis- premis khususnya hotel di negeri ini.
"Oleh itu, pengusaha hotel dan premis makanan disarankan sentiasa menyediakan makanan yang selamat dan menjaga kebersihan selaras pematuhan akta mengikut undang-undang," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>