Bina 'rumah baharu', siap sedia hadapi musim sejuk
Iklan
Ketibaan musim sejuk dijangka memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin setelah seluruh Gaza terus dibedil bertalu-talu.
KHAN YUNIS - Abdelrahman Abu Anza membina tempat berlindung baharu di atas tapak runtuhan rumahnya yang musnah dibedil rejim Zionis di selatan Genting Gaza.
Kempen pengeboman ganas Israel selama lebih 13 bulan telah menyebabkan kira-kira 70 peratus kawasan kediaman binasa sepenuhnya atau separa rosak.