YB boleh tanya apa-apa soalan kepada PM Khamis ini - Speaker
Iklan
Johari
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen yang mempunyai sebarang persoalan atau isu yang perlu dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membangkitkan perkara tersebut dalam persidangan Dewan Rakyat Khamis ini.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ini kerana Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun akan menjawab sendiri pertanyaan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Sebelum saya iemput (Ahli Parlimen) Miri, saya hendak maklum. Jadi Hulu Terengganu ke Masjid Tanah boleh tanya (sebarang soalan) bahawa pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri hari Khamis ini, Perdana Menteri sendiri akan hadir ke dewan.
"Sehubungan itu, Yang Berhormat boleh bertanya apa-apa soalan kepada Perdana Menteri.
Iklan
"Saya akan berikan peluang untuk bertanya. Jangan tidak tanya pula," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin selesai membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Iklan
Sebelum itu, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) bangkit bertanyakan mengenai isu banduan terhormat.
Beliau yang mencelah ketika sesi perbahasan Mas Ermieyati juga turut mempersoalkan sama ada dakwaan wujudnya banduan terhormat boleh menyebabkan berlaku tuduhan kepada pihak hakim yang membuat keputusan sebelum ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>