Kereta kebal canggih, senjata kuno
Iklan
IDF menguar-uarkan bahawa Merkava-4 Barak dilengkapkan dengan kecerdasan buatan atau AI selain sistem latihan berkonsepkan realiti visual (VR), bakal merevolusikan kemampuan Kor Armor.
BAGI pemerhati ketenteraan, para strategis perang dan industri berkaitan pertahanan, konflik yang berlaku di Gaza adalah satu ‘gedung ilmu’ yang perlu diamati, dicerna serta dinilai, dari sudut keberkesanan strategi, taktik dan teknik operasi, di samping keberkesanan sistem dan kelengkapan perang yang diguna pakai hari ini.
Penilaian aset dan kelengkapan ketenteraan ini kritikal kerana selain dari teknik dan taktik perang, kesesuaian dan keberkesanan sistem kelengkapan bakal menjadi penyumbang utama sama ada sesuatu pihak akan menang atau kalah dalam konflik akan datang.