IPOH - Kawasan pencarian seorang wanita yang hilang dibawa arus deras semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik petang semalam, diperluas sehingga 16 kilometer (km) dari tempat kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang dianggotai lima anggota dari balai bomba Kuala Kangsar mengetuai operasi, yang turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk setempat.