Wajib ada kepakaran ekstrak e-waste
Iklan
Mana-mana individu yang ingin mengekstrak logam berharga daripada sisa e-waste wajib memiliki kepakaran khusus ketika mengendalikan aktiviti berkenaan kerana dibimbangi boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan dalam tempoh jangka pendek atau panjang. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Yusoff, Haliza)
SHAH ALAM - Mana-mana individu yang ingin mengekstrak logam berharga daripada sisa elektrik dan elektronik (e-waste) wajib memiliki kepakaran khusus ketika mengendalikan aktiviti berkenaan kerana dibimbangi boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan dalam tempoh jangka pendek atau panjang.
Pakar Alam Sekitar dan Pengurusan Sisa dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak berkata, tidak dinafikan kegiatan melebur dan mengekstrak e-waste boleh dilakukan di kawasan rumah, stor, kilang atau ruang lingkup kecil sahaja.