E-waste jadi lombong duit era moden
Iklan
E-waste dapat memberikan keuntungan kepada pengguna sehingga digelar perlombongan hasil bumi pada era moden. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Norsuradi)
JIKA dahulu, pelombong akan menggunakan kaedah konvensional seperti mendulang dan melampai, satu proses yang memerlukan keringat tinggi untuk mengeluarkan logam berharga seperti emas, perak dan tembaga dari perut bumi.
Namun aktiviti itu tidak lagi menjadi pilihan, atas faktor kekurangan sumber alam atau dikawal oleh pihak berkuasa tertentu dalam memastikan kelestarian alam sekitar.