'Daim yang diam' dari kaca mata dua sahabat
Iklan
Allahyarham Tun Daim (kanan) sangat rapat dengan Dr Mahathir dan sumbangannya tidak ternilai dalam memajukan negara. Foto The Coverage
PADA Rabu, Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh negara yang amat dihormati iaitu Tun Daim Zainuddin akibat komplikasi strok ketika menerima rawatan di hospital, baru-baru ini.
Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin merupakan figura yang memberikan sumbangan besar kepada Malaysia, terutamanya dari aspek pengurusan kewangan negara.