Kereta api bateri jadi bualan
Iklan
Malaysia perlu mempertimbangkan penggunaan kereta api berkuasa bateri yang menawarkan visi menarik kepada sistem pengangkutan lebih bersih, senyap dan cekap. Foto hiasan
PERJALANAN tren Keretapi Tanah Melayu (KTM), komuter atau ETS tergendala angkara gangguan bekalan elektrik adalah fenomena biasa di negara ini. Ia pasti memeningkan pengguna kerana terpaksa memikirkan alternatif lain bagi meneruskan perjalanan.
Penulis yang gemar menaiki tren ketika belajar di Amerika Syarikat dan Jepun sentiasa berdoa sepanjang perjalanan agar tidak mengalami insiden tersekat gara-gara ketiadaan bekalan elektrik.